Welcome to UkHuWWah_SoCIaL_LiNKeR!!

Welcome!!

Thanks for joining.
I hope we can share our opinion, knowledge and so much more.
Let's make this world as a garden of virtue and knowledge!!

Takbir!!
Allahuakbar!!

Astronomy Picture of the Day

Ahad, 15 November 2009

Di Sebalik Rona Fajar


Di sebalik jendela
Terpancar satu cahaya
Membias atmosfera
Langit berubah rona
Awan turut berubah sama
Membikin fajar terbentuk sempurna

Ku buka jendela itu
Mengecil anak mataku
Akibat terjahan sinaran yang satu
Tidak menyilaukan
Tidak menyakitkan
Sebaliknya menyirnakan kegundahanku
Menyuntik semangat yang baru

Di sebalik rona fajar
Jingga kemerah-kemerahan ronanya
Menyuratkan suatu alamat yang besar
Menngajar manusia erti kehidupan sebenar
Jangan dipandang matahari kelmarin
Bulan semalam jangan dipandang
Jangan dipandang riwayat kelmarin
Membuatkan seseorang terhambur jauh ke belakang

Di sebalik rona fajar
Tersembunyi hikmah yang besar
Erti kehidupan dapat disebar
Hanya dengan rona fajar
Ku kenal ALLAH Maha Besar
Seraut sembah beserta syukur akbar
Ku ajukan kepada Dia yang Maha Besar

Fajarku... juga fajarmu
Fajarmu... juga fajarku
Matahariku... juga mataharimu
Mataharimu... juga matahariku
Berpijak di bumi hijau yang satu
Berbumbungkan langit biru yang satu
Jangan dipandang riwayat kelmarin
Jangan dipandang matahari kelmarin
Kerana kelmarin bakal disirna oleh rona fajar
Yang menemani sang mentari di ufuk timur
Menyinarkan harapan baru untuk umat manusia

Jumaat, 17 Julai 2009

Nebula

Subhanallah!!
Inilah nebula..
Sebenarnya ada banyak lagi nebula dalam alam semesta ini.

Apa nebula sebenarnya?
Cuba bayangkan segumpal awan. Tak kisahlah apa sahaja bentuk. Dah.. Ha! Itulah sifat fizikal nebula. Kiranya, nebula ini bagaikan awan di angkasa. Tapi, tak semudah begitu untuk dianggap sebenarnya. Nebula berasal daripada bahasa Latin iaitu perkataan nebula yang bermaksud kabus atau awan. Sebenarnya, pada zaman era pertengahan, orang pada ketika itu menganggap apa sahaja objek samawi yang mempunyai sifat fizikal seperti awan terutamanya galaksi yang besar dan panjang dipanggil nebula. Tetapi, selepas penemuan Edmund Hubble tentang galaksi, perkataan nebula ini mula diasingkan dan dikenalpasti sahaja pada nebula itu sendiri. Antara contoh yang masih wujud dan terkenal sehingga pada hari ini tentang orang terdahulu menggunakan perkataan nebula ini adalah pada Galaksi Andromeda di mana sebenarnya dipanggil Nebula Andromeda.

Nebula merupakan gumpalan zarah-zarah yang terkumpul yang terdiri daripada debu, gas hidrogen, gas helium, dan plasma.

Nebula mempunyai pelbagai jenis. Sehingga pada hari ini, antara yang dikenalpasti ialah:
> Nebula gaul (diffuse)
> Nebula pancaran (emission)
> Nebula pantulan (reflection)
> Nebula gelap (dark)
> Nebula planetary
> Nebula protoplanetary
> Nebula baki daripada supernova (supernova remnant)

Rasanya setakat sini sahajalah untuk kali ini.
Insya-Allah, nanti saya akan beri keterangan yang selanjutnya pada masa yang akan datang tentang jenis-jenis nebula di atas dengan terperinci dan bagaimana nebula-nebula tersebut terbentuk.

p/s: Siapa boleh beritahu apa itu sebenarnya plasma?
Sebelum saya pos yang seterusnya, cuba teka bagaimana nebula terbentuk?

Aurora

Aurora..
Memang cantik!
Tahukah anda aurora ada dua jenis:
> aurora borealis (utara)
> aurora australis (selatan)

Bagaimana aurora boleh terbentuk??
Sebenarnya, agak kompleks kejadian aurora ini.
Saya sendiri pun tak berapa jelas dan faham.
Tetapi, diringkaskan cerita, sebenarnya, aurora terjadi kerana matahari kita memancarkan sekumpulan zarah atau lebih tepat 'angin'bersama cahayanya. Zarah ini dipanggil angin suria. Apabila angin suria ini tiba di bumi kita, angin ini akan bertembung dengan medan magnet yang mengelilingi bumi kita ini dan medan magnet kita akan mengubah hala angin suria tersebut terus ke bumi kita di kutub selatan dan kutub utara. Tetapi, tidak sepenuhnya dihala ke bumi. Seterusnya, zarah-zarah angin suria ini akan berlanggar dengan atmosfera kita dan berlakulah letupan kecil antara zarah-zarah angin suria ini dengan zarah-zarah atmosfera kita. Maka, apabila perlanggaran berlaku hasilnya, terhasillah tenaga haba dan cahaya. Tenaga cahaya inilah yang membentuk aurora yang berwarna-warni yang dapat dilihat oleh kita.

p/s: Sini ada kuiz untuk korang; kenapa aurora tak berlaku kat Malaysia?? Ha! Lu fikirlah sendiri!

Date of Establish

0519

July 17 2009

Woohoo!! At last, what a relief!! My very own first blog had been established. I'm now a blogger!
Ehem..
Ok, time to get serious..
So, you may post any knowledge or opinion or anything that is benificial for us to discuss or to think of it or to share now.