Welcome to UkHuWWah_SoCIaL_LiNKeR!!

Welcome!!

Thanks for joining.
I hope we can share our opinion, knowledge and so much more.
Let's make this world as a garden of virtue and knowledge!!

Takbir!!
Allahuakbar!!

Jumaat, 17 Julai 2009

Nebula

Subhanallah!!
Inilah nebula..
Sebenarnya ada banyak lagi nebula dalam alam semesta ini.

Apa nebula sebenarnya?
Cuba bayangkan segumpal awan. Tak kisahlah apa sahaja bentuk. Dah.. Ha! Itulah sifat fizikal nebula. Kiranya, nebula ini bagaikan awan di angkasa. Tapi, tak semudah begitu untuk dianggap sebenarnya. Nebula berasal daripada bahasa Latin iaitu perkataan nebula yang bermaksud kabus atau awan. Sebenarnya, pada zaman era pertengahan, orang pada ketika itu menganggap apa sahaja objek samawi yang mempunyai sifat fizikal seperti awan terutamanya galaksi yang besar dan panjang dipanggil nebula. Tetapi, selepas penemuan Edmund Hubble tentang galaksi, perkataan nebula ini mula diasingkan dan dikenalpasti sahaja pada nebula itu sendiri. Antara contoh yang masih wujud dan terkenal sehingga pada hari ini tentang orang terdahulu menggunakan perkataan nebula ini adalah pada Galaksi Andromeda di mana sebenarnya dipanggil Nebula Andromeda.

Nebula merupakan gumpalan zarah-zarah yang terkumpul yang terdiri daripada debu, gas hidrogen, gas helium, dan plasma.

Nebula mempunyai pelbagai jenis. Sehingga pada hari ini, antara yang dikenalpasti ialah:
> Nebula gaul (diffuse)
> Nebula pancaran (emission)
> Nebula pantulan (reflection)
> Nebula gelap (dark)
> Nebula planetary
> Nebula protoplanetary
> Nebula baki daripada supernova (supernova remnant)

Rasanya setakat sini sahajalah untuk kali ini.
Insya-Allah, nanti saya akan beri keterangan yang selanjutnya pada masa yang akan datang tentang jenis-jenis nebula di atas dengan terperinci dan bagaimana nebula-nebula tersebut terbentuk.

p/s: Siapa boleh beritahu apa itu sebenarnya plasma?
Sebelum saya pos yang seterusnya, cuba teka bagaimana nebula terbentuk?

2 ulasan:

  1. yoyo...what' up???
    what happen to this blog???
    where are the mysterious person who are responsible to manage his blog???
    haha...wuargh2!!!!!

    BalasPadam